GPU Macbook Problem Pula

Assalamualaikum

Perkara yang saya khuatiri telah berlaku kepada macbook saya iaitu GPU mengalami masalah. Selalu juga saya membaca di forum dan juga di page pengguna mac di Facebook iaitu Macbook 2011 akan mengalami masalah GPU. Saya berpendapat selagi saya tidak mengunakan macbook itu dengan kadar penggunaan yang berat saya rasa ianya akan ok tetapi jangkaan saya meleset. Syukur jugalah tiada data yang sangat sangat perlu disiapkan berada di dalam macbook tersebut cuma ada beberapa foto dan video hasil daripada penerbangan dron saya yang tidak sempat saya backup.

Walau apapun hasil daripada pengalaman dan pembacaan data yang ada di dalam macbook tersebut masih boleh disedut (backup) tetapi menjelang nak raya ni segala bajet yang di luar norma kena rilek dulu takut nanti tak terhadap hari yang mendatang. Bajet untuk menukar ke GPU yang baru agak keras juga buat masa ini. Apa yang boleh saya lakukan ialah dengan menabung dan mengunakan desktop ini ala mudah alih.

Buat masa ini saya sedang masih mempertimbangkan samada untuk meneruskan usaha untuk membaiki macbook saya ini, mencari macbook lain dengan harga yang bersesuaian atau bertukar kepada laptop windows. Semua ini masih dalam perkiraan lagi kerana tahu sahajalah benda yang harga ribu ribu ni kena fikir habis dulu.


Wassalam.







Ulasan