Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum

Di bulan puasa ini agak kurang juga semangat nak berblog. Nak kata malas ada jugalah sikit kot tapi 2 3 menjak ni kerja di pejabat agak banyak juga tambahan pula saya pun sudah nak transfer ke negeri asal.

Stayback di pejabat bulan puasa ni maka berbuka di pejabat jugalah. Berbuka di pejabat ini kenalah beli juadah berbuka siap-siap masa ada orang buka gerai atau datang berjual di pejabat. Dipendekkan cerita pada 7 Ramadhan saya sudah bersedia hendak berbuka dengan juadah yang ringkas iaitu tauhu bergedil tak kisah la sebab lepas itu nak sambung makan bila balik tapi bila saya masuk je ke pantri untuk berbuka tetengok rakan-rakan sepejabat sudah membuat persiapan dengan pelbagai juadah berbuka. Alhamdulillah memang langkah kanan.

Itulah kadang-kadang rezeki tak disangka ni memang lain macam rasanya. Syukur.

Sekian catatan untuk kali ini.

Wassalam.

Ulasan