Kita hanya mampu merancang, tetapi ...

Assalamualaikum

Kadang-kadang perancangan manusia walau macam mana teliti sekali pun kalau ditakdirkan bukan oleh Allah SWT maka tidak terlaksanalah perancangan yang dirancang pada awalnya. Begitulah yang terjadi pada saya baru-baru ini apabila planning apa yang saya nak buat pada malam itu tak menjadi.

Perjalanan balik yang pada mulanya lancar kemudian bertukar menjadi tragedi apabila ada pihak yang tak sabar dengan lampu trafik lantar meneruskan jua perjalanan walau lampu sudah bertukar merah. Saya yang berada di jalan yang lampunya baru bertukar hijau terus saja menekan minyak tanpa berlengah terus terkejut apabila ada kereta yang menghalang laluan saya dan saya memang tidak sempat berbuat apa melainkan cuba juga membrek. Sesudah pelanggaran berlaku saya keluar kereta dengan keadaan menggeletar dan blur (trauma). Selepas itu biasalah proses apa yang patut buat report, cek dengan insuran dll pendek katanya memang renyah. Sempat saya berpesan kepada pihak satu lagi "... you jalan juga time lampu merah berapa saat you mau save? sekarang kita sudah berapa jam habis"






Itu sahaja catatan di blog ini kali ini, doakan semoga perjalanan pergi dan balik saya ke tempat kerja semoga selamat hendaknya.

Wassalam




Ulasan