Mencari tuan punya gambar (repost)

Assalamualaikum

Saya pernah berkongsi entri ini suatu ketika dahulu, ini adalah semacam repost memandangkan musim PKP ini mungkin lebih ramai khalayak yang melawat blog saya (ye lah tu).

Ceritanya lebih kurang begini, kawan saya ada membeli kamera analog berjenama Olympus terpakai di Memory Lane (loken orang Ipoh panggil) dan bila diamati ada filem di dalam kamera tersebut lantas kawan saya mengambil keputusan untuk mencuci filem yang ada dalam kamera tersebut. Setelah diproses didapati ada beberapa imej satu keluarga macam suasana raya camtula (dulu orang tak tangkap gambar terus gitu je, zaman Kodak).

Dia ada post entri tentang hasratnya mencari keluarga yang imej mereka dirakam supaya dapat dibagi pada mereka imej tersebut. Perkongsian saya dahulu pula mungkin tidak begitu diendahkan kerana saya hanya berkongsi link ke facebook kawan saya. Di sini saya sertakan 2 imej screenshot dan lagi sekali boleh klik link ke facebook kawan saya disini.




Saya rasa kalau ikut suasana gambar yang diproses oleh kawan saya mungkin sekitar 30-35 tahun dahulu gambar tersebut ditangkap.

Itu Sahaja perkongsian saya kali ini.

Wassalam.


*btw - kawan saya harini baru saja memproses filem tentang program Prostar II Langkawi 1997

Ulasan