Antara keperluan di musim PKP

Assalamualaikum

Di musim PKP ini ada juga beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sebagai contoh ada kerja rumah yang perlu disiapkan oleh anak-anak. Nota dan tugasan diberikan oleh guru melalui khidmat Whatsapp/Telegram tetapi selalunya whatsapp lah. Latihan untuk anak-anak ini pula hendaklah dicetak maka penggunaan pencetak adalah amat diperlukan.

Walaupun saya ada pencetak tetapi dakwat yang ada dalam pencetak saya itu bolehlah dikatakan agak minima juga kerana sebelum musim PKP ini saya gunakan untuk tugasan sekolah anak saya juga. Mencari kedai komputer di kala musim PKP ini jenuh juga la nasib baiklah ada yang menjual secara online kalau tidak jenuh seperti yang saya selalu baca di status facebook dimana hendak mencari kedai komputer di musim PKP ini.

Saya rasa walaupun sesi persekolahan anak diberhentikan seketika tetapi kita sebagai ibu bapa sehabis bolehlah mencuba untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Saya baca di media sosial ada juga yang merungut yang membalas tetapi bak kata seorang cikgu yang juga kawan saya (kalau berjumpa dengan dia memang macam-macam pandangan saya minta dengan dia) katanya ... "kalau buat (ajar anak kerja sekolah) anak dapat ilmu, kalau tak buat anak tak dapat apa-apa".



Sekian, itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.


Ulasan

  1. saudara saya pun musim pkp ni tiba2 ada printer rumah dia. nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi. asbab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam tu la nak buat macam mana lagi dah musim PKP

      Padam

Catat Ulasan