Berfoto Dalam New Normal Yang Mendatang

Assalamualaikum

Sedikit coretan dari saya di malam yang sepi ini. Membaca kebimbangan rakan-rakan di media sosial mengenai new normal (norma baru) dalam menjalani kehidupan yang merangkumi aspek pekerjaan, travel, lepak-lepak, beriadah dan macam-macam lagi. Rata-rata senarai rakan di media sosial adalah jurugambar dan merangkumi pelbagai genre. Antara yang terkesan sekarang ialah mereka yang menawarkan perkhidmatan foto untuk majlis perkahwinan, majlis rasmi dan pelbagai lagi. Mereka ini rata-rata terkesan dengan keadaan sekarang. Semoga dipermudahkan segalanya dan semoga kita kembali kepada keadaan normal (atau kita mungkin terpaksa adapt norma baru ini).

Saya yang meminati genre jalanan nampaknya kena menilai bagaimana kesan yang dibawa oleh wabak ini kerana untuk berada dalam keadaan yang boleh dikatakan crowded agak berisiko jugalah. Kalau melihat keadaan semakin pulih dan mungkin ada vaksin selepas catatan ini disiarkan saya rasa mungkin risiko itu kurang. Saya juga ada shoot majlis perkahwinan di hujung minggu (boleh klik link disini) itu pun kena kaji juga macam mana untuk meneruskan khidmat di majlis yang semestinya akan ada ramai orang. Buat masa ini bertenang dan nikmati masa yang ada untuk sedikit projek timelapse yang ada.

Wassalam.


Ulasan

  1. saya suka shoot yang ni sebab nampak langit cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah buat komplisai siri padang depan rumah di kala MCO, begitulah berangannya

      Padam
  2. ramai yang tangguh majlis dan banyak juga yang tangguh pernikahan. semua mencari solusi terhadap isu ni. apa pun sama2 kita menjaga keselamatan bersama~

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas 2 3 minggu pertama wabak ini melanda saya dapat rasakan ini akan mengambil masa yang bukan sekejap, apa-apa pun semoga kita semua menjaga keselamatan kita

      Padam
  3. betul tu, kawan saya pun wedding photographer. kesian dia sebab semua shoot kena tangguh, kesian jugak kat klien2 dia yg dah book package

    BalasPadam
  4. walaupun majlis perkahwinan tiada, tapi pengantin still akan ambil khidmat photographer untuk gambar kenangan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun berharap begitu dan rasanya boleh juga cari alternatif lain dalam keadaan begini

      Padam
  5. I love shooting random scenery

    BalasPadam
  6. Saya suka amik gambar nature atau yang cantik cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tengok situasi dan mood juga, selalunya random juga la

      Padam
  7. Saat yang amat getomir buat pelbagai sektor ekonomi sekarang ini

    BalasPadam
  8. Jika sedang membawa kamera, momen apa saja bakal langsung bisa diabadikan dan upload instagram

    BalasPadam

Catat Ulasan