Main Chess Dalam Talian

Assalamualaikum



Memandangkan tempoh pkp ini (fasa pkpb ketika catatan ini ditaip) rasanya saya diberi kelonggaran untuk wfh oleh pihak pengurusan. Jadi ada beberapa perkara yang saya rasa dapat saya beri tumpuan lebih dan adakalanya ada masa senggang. Di antara aktiviti yang menjadi pilihan ialah menonton beberapa siri tv yang dalam bucket list saya nak watch marathon dan adakala saya bermain chess di dalam talian.

Saya bukanlah tidak gemar game yang tembak-tembak atau racing cuma game yang kadang-kadang memerlukan kita membina rank atau yang sewaktu dengannya saya rasa takut tak boleh lepaskan nanti handphone daripada tangan. Oleh itu saya memilih untuk bermain chess di dalam talian sahaja bukanlah nak kata pandai sangat tapi boleh la.

Antara site yang menawarkan antaramuka yang best untuk bermain chess di dalam talian ini ialah chess.com. Di situ kita boleh bermain chess dengan komputer atau dengan individu lain yang berada di talian juga. Turut disediakan ialah tips dan teknik gerakan chess itu.

Itu sahaja catatan saya untuk kali ini.

Wassalam

Ulasan

  1. selalu main tp x pernah la menang haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni saya pun set level yang rendah dulu

      Padam
  2. Saya pun main chess dekat apps chess.com ni... kat apps ni saya berlatih teknik lawan chess dengan sepupu saya memandangkan dia di melaka dan saya di shah alam.

    BalasPadam

Catat Ulasan