MInggu Akhir Puasa

Assalamualaikum

Tiada apa yang nak diperkatakan sangat cuma saya rasa Ramadan kali ini perjalanannya agak tenang bagi saya disebabkan pkp maka saya cuma perlu wfh berbanding tahun tahun sebelumnya dimana saya bekerja outstation dan tidak dapat berbuka on time dengan famili. Tahun ini juga kurangnya aktiviti melepak maka masa berkualiti boleh diluangkan bersama keluarga.

Cuma pada tahun ini pergerakan hendak balik ke kampung mertua untuk berbuka puasa bersama agak terbatas. Perjalanan hendak pulang beraya juga nampak gayanya macam sukar jugalah. Saya pun risau juga untuk travel kerana keadaan wife yang hampir juga due datenya, minta dipermudahkan segalanya.

Tak lupa juga nampaknya pada musim pkp ini sempat jugalah saya mengumpul bahan projek visual saya tapi takde le yang ekstrem cuma timelapse di depan rumah sahaja. Saya harap dapat mengumpulkan beberapa visual lagi sebelum raya, Insha'Allah.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.


Tambah kapsyen

Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan urusan wife delivery dgn selamat... Selamat Hari Raya in advance!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan selamat hari raya juga
      btw nak tekan follower tak jumpa pula link di blog nya

      Padam
    2. Cuba visit sekali lagi. Ada di sidebar. 😃 maaf ya

      Padam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas ucapan dan semoga tuan juga dipermudahkan urusan

      Padam

Catat Ulasan