Cecah Juga

 Assalamualaikum


Akhirnya berjaya juga blog (actually macam galeri gambar kahwin) saya cecah 80k views. Walaupun untuk sesetengah orang nampak macam sikit tapi bagi saya ianya satu angka yang bermakna. Pada awalya saya mewujudkan blog tu untuk menempatkan gambar gambar saya sambil menceritakan gambar itu ditangkap tetapi sudahnya jadi galeri gambar kahwin. 

Pernah juga beberapa kali kenkawan kata tinggalkan jelah tumpu pada fotopages, facebook dan sebagainya tetapi saya teruskan jua. Saya berpendapat lebih baik saya teruskan juga ada blog ni sebab rasanya kalau orang yang taip di google boleh jumpa di situ daripada dia perlu jadi kenalan saya di media sosial. 

Lagi sekali saya ingin menyatakan saya bukanlah blogger terhebat tetapi blog ini adalah satu kenangan saya dalam pembabitan di dalam foto perkahwinan dan majlis. Blog yang saya maksudkan ialah blog fahmifoto.




Itu sahaja catatan saya untuk kali ini.


Wassalam



Ulasan