Pengalaman Ngeri - Situasi Hidup dan Mati

 Assalamualaikum 


Dalam catatan ini saya ingin menyatakan betapa bersyukurnya saya kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi. Tarikh 19 Jun 2021 pastinya tidak akan saya lupakan dalam hidup saya kerana pada hari itulah saya kena serangan jantung. Pada awalnya saya rasa maybe ianya cuma sakit dada disebabkan terlebih senaman tapi saya rasa ini dari dalaman maka pada pagi itu saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Setibanya di Hospital doktor merasakan saya perlu diberi bantuan segera iaitu proses memasukkan belon ke dalam salur jantung (salur darah dalam jantung). Habis saja prosedur saya ditahan di ICU untuk pemantauan selama 48 jam. Selepas ICU saya dimasukkan ke wad biasa pula selama 2 hari. Memang rasa tidak bebas tetapi syukurlah semuanya selamat.


Sekarang ini saya menjaga diet harian saya, senaman sikit dan juga waktu tidur (ketika catatan ini ditulis terlajak sikit), memang kena pantau demi memastikan kesihatan terjaga.







Sekian sahaja catatan saya untuk kali ini.


Wassalam.

Ulasan

Catat Ulasan