Perihal Awal Bulan Enam

Assalamualaikum

Ada beberapa entri saya pada permulaan bulan Jun ini ada kisah di sebaliknya kerana pada 3 hari yang pertama itu ada kisahnya ...

Entri 1 Jun

Pada ketika saya menaip entri ini, saya dalam perjalanan hendak ke klinik. Ianya tarikh di mana anak saya yang ke 4 dilahirkan dan kebetulan sama pula dengan tarikh lahir kawan baik semasa sekolah rendah dan dia pun secara berseloroh menyuruh saya meletakkan namanya kepada anak saya yang baru lahir itu (tak kot). Memang mendebarkan saat melihat dia dilahirkan, tergamam jugalah. Rasanya nak diceritakan pun cukuplah sekadar catatan ringkas ini.


Entri 2 Jun

Tarikh ini juga istimewa kepada saya kerana ianya adalah tarikh dimana saya mendirikan rumah tangga dan saya tidaklah declare sana-sini cukuplah diblog ini. Terjadinya entri pada 2 Jun itu kerana saya agak angin jugalah dengan beberapa perkara lantas saya pun terus membuat catatan di blog ini.


Entri 3 Jun

Walaupun tajuknya wordless iaitu tiada kata tetapi di sebalik gambar yang saya pos itu ada kisahnya. Gambar yang saya pos itu adalah name tag pertama saya (dan masih lagi mengunakannya) di syarikat yang masih saya menjadi pekerjanya. Ingatan 24 tahun sudah ketika mula melapor diri masih di ingati lagi walaupun ada beberapa details yang dah agak faded (dah 24 tahun kan).

Itu sahaja catatan untuk kali ini kenapa tarikh 1 hingga 3 jun agak istimewa bagi saya.

Wassalam.


Sekadar hiasan

Ulasan